Wednesday, December 9, 2009

~ bila hati berbicara~

Bila hati berbicara..

Bicaralah tanpa suara..

Bila hati berbicara..

Bicaralah dengan mengingati Tuhanmu..

Hati...

Bila hati disirami dengan iman dan taqwa..

Insan itu...

Insan itu pasti mulia dan merdeka..

Tetapi..

Bila hati dicemari dengan dosa dan maksiat..

Damainya hilang..

Keluh kesah...

Jiwa pula meronta..

Jagalah hati..

Peliharalah hati..

Sucikanlah ia dengan zikrullah..

Sesungguhnya dengan mengingati Allah..

Hati akan tenang...



Oh hati..

Tenanglah....

Wednesday, December 2, 2009

** Rindu terlerai jua...**


Bismillahirahmanirahim…




Hari ini..ttiba perasaan rindu terhadap sahabat-sahabat membuak-buak
Sungguh!!!terlalu rindu..
Lantas saya mencapai hp dan mula menghantar msg kepada Rajaa`, Hazirah dan Ummu..
Untuk mengajak mereka keluar..
Reaksi mereka??
Sungguh terkejut…hehe..
Yela,kebiasaannya time mereka ajk keluar…
Saya pasti menolak..
Bukan tidak mahu join..
Tapi..tiada keizinan dari mak dan abah..
Sampaikan mereka dah jemu untuk mengajak saya lagi..
Maaflah sahabat-sahabat..
Tempat yang kalian ajak agk jauh..
Jadi tadi mereka pun bersetuju..
Kami berjumpa akhirnya..
Di kfc Tanjung Karang..hehe..jadilah..
Terima kasih Ya Allah..
Bertemu jua kami akhirnya….
Hampir menitis air mata ini ketika kami bersalaman dan berpelukan…
Makin sayu hati ni bila sahabat baik saya,Rajaa` berkata:
“aku sayang ko Mum…”
Ya Allah..
Saya juga sayang kepadanya..
Kami berborak,lepas rindur..
Sambil menikmati menu2 di kfc..
Gembiranya!!
Bergelak tawa sampai senak perut dibuatnya..
Kami buat kfc tu mcm kami yang punya..
Hehe…
Kami juga berjumpa dengan 3 org banin..
Farhan,Waiz dan Irwan..
Borak-borak…bertanya khabar..
Sedar tak sedar..
Jam sudah menunjukkan pukul 6 ptg..
Singkat rasanya pertemuan kami..
Walaupun dari pukul 3 kami di situ..
Mereka menghantar saya pulang..
Kecut perut saya apabila bertembung dengan lori2 besar..
Tawakal saja..
Saya tau,Hazirah ni ekspert bab2 bwk motor ni..
Tepat jam 6.45,sampai jua di rumah saya..
Ya Allah..
Berat rasanya nak turun dari motor ni..
Saat perpisahan kami dah tiba..
Masing-masing memaniskan muka..
Berusaha menyembunyikan kesedihan yang bertamu..
Kami bersalaman dan berpelukan kembali..
Terima kasih sahabat-sahabat..
Kerana sanggup menghantar pulang..
Kerana sanggup berjumpa…
Sungguh…kalian merupakan sahabat terbaik!!
Ya Allah…
Saya sangat sayangkan mereka!!
Satukanlah hati kami..
Moga jelas fikrah di jiwa..
Dalam perjuangan Islam tercinta..
Untuk merebut mardhatillah..
Ukhwah kita untuk selamanya…


wassalam..



Tuesday, December 1, 2009



...بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah,



Perbaikilah hati kami,


hapuskanlah cacat cela kami,


pimpinlah kami ke arah kebaikan,


hiasilah kami dengan taqwa,


kurniakanlah kepada kami


taat setia kepadaMu


sepanjang hidup kami.


Ya Allah!

Jadilah kami ikhlas kepadaMu,


syukur kepadaMu,


bertawakkal kepadaMu,


taubat kepadaMu,


khusyuk kepadaMu.


Ya Allah!


Sesungguhnya kami mohon kepadaMu


ketetapan di dalam urusan ini


keazaman di dalam hidayah


tolonglah kami mengingat Engkau


menyebut namaMu


mensyukuri Engkau


baik ibadat kepadaMu..



Amin Ya Rabbal `Alamin... 






** Doa Seorang Kekasih **

Oh Tuhan


Seandainya telah Kau catatkan

Dia milikMu tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan



Ya Allah

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu



Ya Tuhanku,

Yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa



Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku

Pasangan yang beriman bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera

Ke muara cinta

Yang Engkau redhai…

Ya Allah……



Oh Tuhan…

Seandai dia…

Satukanlah….



Ya Allah

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu



Ya Tuhanku,

Yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkanku sendiri



Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala..





I like this song…

He..

Memberi makna yang mendalam..

But nothing special..

Nothing secret.

Just a song..

Is it true??

Haha..

Don’t know..










Saturday, November 28, 2009

KURSUS KEPIMPINAN DI KEM LAMBAIANA, SUNGAI GABAI

قال الله تعالى :



ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجدلهم بالتي هي احسن ان
ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهتدين

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.


( Surah An-Nahl, ayat 125 )

Salam…

Aha..dah besar2 pun still pergi kursus kepimpinan..
Hehe..
Banyak ilmu yang diperolehi..
Kat sini saya nak kongsi sket ilmu yg saya peroleh..
Buat sahabat2 yang digelar pemimpin..
Pemimpin kepada diri…
Pemimpin kepada umat dan agama Islam..


Ciri2 pemimpin..

• Ikhlas
• Mempunyai kekuatan fizikal dan mental
• Amanah
• Berpengalaman luas
• Berpandangan ke hadapan
• Yakin
• Berani
• Sanggup menerima kritikan…

Ciri2 kepimpinan yang berkesan..

• Mengawal
• Mengurus
• Mentadbir
• Merancang
• Membuat keputusan
• Menjadi contoh kepada anak buah

Kepimpinan Rasulullah S.A.W…

• Bertanggungjawab
• Jujur dan bijaksana
• Bekerja secara jemaah
• Berkorban
• Tegas
• Berpandangan jauh
• Adil

Kepimpinan Umar Abdul Aziz ( merupakan cucu kepada Saidina Umar Al-Khattab )

• Zuhud dan sangat berhati-hati
• Tidak mengumpul kekayaan
• Mengutamakan kebajikan rakyat
• Mengubah sikap rakyat dari membicarakan kekayaan kepada membicarakan ketuhanan dan kehidupan akhirat.


Kesimpulannya di sini,,


Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada tanggungjawab samada yang berkaitan hal keagamaan dan keduniaan. Kadang kala tanggungjawab yang dibebani oleh seseorang sama keadaannya dan kadang kala tidak sama dengan orang lain. Kadang kala juga tanggungjawab itu dapat dibantu dan kadang kala seseorang itu melaksanakan secara sendirian. Secara lebih khususnya, tanggungjawab seseorang tidak sama dari sudut persoalan dan bebanannya walaupun sama dari sudut pangkat. Hal itu kerana keadaan manusia itu tidak sama kemampuan seperti ilmunya,fizikal,keimanan dan kemampuan berfikir.

Selaras dengan firman Allah :



لا نكلف نفسا الا وسعها


Maksudnya : Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan
melainkan sekadar kesanggupannya.





Sebagai seorang pemimpin, kita handaklah berpegang teguh kepada 2 perkara..iaitu kitab Allah iaitu Al-quran dan Sunnah Rasul iaitu Hadis..

Rasulullah pernah bersabda supaya umatnya berpegang dengan Al-Sunnah di samping Al-Quran agar tidak sesat selama-lamanya. Sabda Baginda S.A.W :


تركت فيكم امرين لن تضلوا ابدا ما ان تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسول


Maksudnya : ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu semua berpegang
dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu
kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya`.



Kita juga disarankan mencontohi cara kepimpinan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat.
Kepimpinan melalui teladan bukan melalui nafsu semata-mata..



Halwa pemimpin…


Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
Terpedayalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam,
Celakalah orang yang hari ini lemah dari semalam..




Try to make perfect yeah!! =)

Thursday, November 26, 2009



saat berderai jatuh titisan
airmata Ibrahim melihatkan
keteguhan iman anaknya Ismail
di kala itulah bermulanya
sejarah agung erti sebuah pengorbanan....




SALAM AIDILADHA....



Monday, November 23, 2009

AGAMA TULEN....OR TEKNOLOGI MAKANAN???

assalamualaikum.....

hm...
agk lme x mnulis..ayat pun mgkin cam plek sket..
hehe..

ha..pagi smlm seorang sahabat baik saya, Anati Lokman telah menghantar sms...

"Mum, ko dpt cours teknologi makanan,kat uitm beting ngeri smbilan"

lbey kurang cmtu la ayt dye..
wah..ttibe trase teruja lak..x disangka borang permohonan yang diisi main2 telah diterima..
Alhamdulillah....
tp saya ckp kat dia yang saya tidak akan pergi...
saya nak stay amek AGAMA TULEN..
dan dia balas..

"Aku rasa better gak ko teruskan..mne taw ada rezeki dpt gi Mesir...
Amiin...."
Amiin...mudah2an..

hm...
knape eh saya pilih course ni??
aha..sbb minat..
dan nak jdi cgu..he
lagi pun tnggal setahun je lagi untuk saya teruskan tingkatan 6..
mak pun ckp,sekarang ni guru agama dah berkurang..
ramai pun dari Terengganu dan Kelantan..
hatiku bermonolog.."btul gak pe yang mak ckp.."

spe ag yang nak jadi pelapis ahli agama kalau bukan kita, anak muda sekarang ni en..

pendirian smakin teguh apabila seorang sahabat yang sedang mnuntut ilmu di Darul Quran menyokong saya..
saya ingat pesanan dia..

"Kalau itu bagi enti yang terbaik, ana sokong..
tapi lebih prefer pilih agama..sebab insyaAllah boleh buat kita
dekat dengan Allah..lagi satu, siapa yang kejar akhirat,dunia
akan ikut dia.."

itulah dia...saya akan ingat sentiasa..
syukran sahabat2 yang telah memberi sokongan..

hakikatnya di sini, tidak salah jika kita pilih course slain agama kerana ilmu Allah itu luas..
cuma niat kita mesti betul..
menuntut ilmu kerana Allah..
dan jangan pula sampai kita terleka..disebabkan ia merupakan course yg pling kita minat,,

marilah kita muhasabah sejenak..
perbetulkan kembali niat yang hampir tersasar..
nawaitu lillah..
InsyaAllah..kita pasti akan mendapat keredhaan dari-Nya..
Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Wallahu`alam

Saturday, October 31, 2009

cinta sejati??

Bismilahirahmanirahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang..
Salam Sayang buat Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W.

ha,,
post kali ini saya nak berkongsi sebuah cerita yang berlaku di zaman Rasulullah..
ceritanya bermula...

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula..

dapat kita simpulkan di sini...

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang

    berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia

 sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
 merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
 mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
 oleh sebab itu kita kena sentiasa berselawat..bukti cintakita kepada nabi..

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
  umatnya yang mengasihi baginda

dan....
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

jadi,apa yang kita tunggu lagi??
marilah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad..
berselawat byk2...
**untukmu teman**

di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria...


kini dengarkanlah
 dendangan lagu
tanda ingatanku kepada mu teman
agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu..
kenangan bersamamu..
takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa..


mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kira dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan...


mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
bertemu berpisah kita
ada rahmat dan kasih-Nya
andai ini ujian
terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya...


kini dengarkanlah


dendangan lagu
tanda ingatanku kepada mu teman
agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu..
kenangan bersamamu..
takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa..


di selamanya....



rindu sangat!!


kenangan...



sjuk...


kwn baru


jaa`


my lovely fren..
anati..
luv you!

tak jemu rsenya..
walaupun nasyid ini berulang kali dimainkan..
saat ini aku terlalu rindukan kalian semua..
sungguh...
aku x layak berdampingan dengan kalian semua..
syukran,terima kasih,thank you,arigato
kerana sudi mengenali dan bersahabat denganku..

sesungguhnya teman..
banyak kenangan yang telah terlakar antara kita..
mudah-mudahan ia mampu menjadi kekuatan kita
dikala kita hampir putus semangat..
harapanku..
moga ia berkekalan..

ku harap jua..
kepada sahabat2 yang baru mengenaliku...
smoga ukhwah ini berkekalan..

semoga ukhwah yang terbina dapat memberi syafaat di akhirat kelak..
insyaAllah...

uhibbukum lillah!!








Alhamdulillah...

assalamu`alaikum...
tamat sudah final exam...
lega rsenya..
ha..
rse nak tdo puas2!!
nak ganti blek tdur2 yang x cukup dan lena spanjang exam..
hehe..tpi cam x elok lak..

hm..
pasni tnggu result lak..
cuak dey..
mampukah aku mencapai 3.00 ke atas..
tawwakal...
mudah-mudahan ia menjadi milikku..

ha..
tok sahabat2 yang dah abis exam..
tahniah!!
smoge kejayaan menjadi milik kalian..
yang blom..
usaha3x..
hehe...

Sunday, October 11, 2009

termenung sejenak...

salam...

buat sahabat-sahabatku...
cuba hayati sejenak lirik lagu ni..

**RINTIHANKU**

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti


Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan


Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa


Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yang Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu


Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi


Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


pertama kali dengar nasyid ni...
betul2 menyentuh perasaan..
tanpa disedari ada air mata yang mengalir..
Ya Allah...
tetapkanlah iman ku dan sahabat2 ku dalam menghadapi cabaran dan dugaan..
tsabatkanlah kami dalam perjuangan..



pengubat hati

PENAWAR HATI..
TAKUTKAN ALLAH..
BACALAH AL-QURAN..
INGATKAN MATI..

Friday, October 9, 2009

imtihan!!

salam ukhwah...

huu..
final exam dkat dah..
cuak2...
fiqh,usul fiqh,mantik,akidah,ulum al-quran&hadith...
mikroekonomi,makroekonomi,adab nusus,balaghah wa qawaid...
waa....
agk byk x hafal ag ni...
xpe2...
usaha2...
doakan saya eh
sahabat2....
smoge kjayaan mnjadi milik kte bersama..
bittaufiq wannajah ya zamili..

Thursday, September 24, 2009

**hati ini terluka lagi..**

air mata ini tumpah lagi...
ia seperti x segan untuk menitis..
walaupun berkaitan dgn peristiwa yang sama..
Ya Allah...
tabahkan hatiku untuk menerima mehnah yang telah Kau berikan..
walaupun ramai sahabat yang memberi semangat..
"mumtaz,sabar ye..,jgn mudah bersedih..kuatkan semangat enti.."
syukran sahabat...
aku masih mampu tersenyum..
tapi dalam hati..
bergetar hebat menahan sendu...
hanya Allah yang tahu..
aku x cukup kuat...

Ya Allah..
andai itu takdirnya..
damaikanlah hatiku..
agarku mampu menerimanya dengan senyuman..
bantulah aku Ya Rabbi..

Wednesday, September 23, 2009

**senyumlah**

bismillahirrahmanirrahim.....
salamun `alaik..

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan
perhiasan lahir yang tidak sempurna. Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu
adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja
dengan kening yang berkerut. Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah!!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.
Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.


Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........



Willian Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.


Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

sahabat-sahabat....
SENYUMlah..
pengubat segala kedukaan..=)

Sunday, September 20, 2009

salam eidulitri..

assalamualaikum warahmatullah...

di bulan syawal yang mulia ini..saya nak menyusun sepuluh sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...baik yang mengenali diri ini ataupun tidak..sesungguhnya,saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi drpd melakukan kesalahan,kesilapan....
maafkanlah atas kekhilafan diri ini..
aasif ye...

dan buat sahabat-sahabat yang berada di perantauan...
di Jordan dan di Mesir...
salam lebaran..
tabahkan hati kalian...
kuatkan semangat...
jangan bersedih ye...

sahabat...
doaku seiring perjuanganmu...
nantikan kedatangan saya!!
he...
insyaAllah..jika diberi kesempatan itu..

0-0 ya...

salam.....

Sunday, September 6, 2009

hijab di bulan Ramadhan..

Bismillahi walhamdulillah…



Post kali ini,saya tujukan khas kepada dirinya yang bergelar `muslimah`..


PERKARA yang perlu diberi perhatian oleh setiap muslimah, adalah supaya ada dalam hatinya rasa takut jika ibadat puasanya tidak diterima di sisi Allah SWT, dengan mentaati segala titah perintah Allah dengan menyembah dan tunduk kepada-Nya dan bukan 'menyembah' bulan Ramadhan!! Tapi sekarang.....


Memakai hijab (tudung kepala) khusus di bulan Ramadhan adalah antara perkara atau amalan yang baik yang akan diberi ganjaran pahala yang besar, tetapi bagaimana pula di luar Ramadhan??


Jadikan pemakaian hijab di bulan Ramadhan sebagai permulaan perubahan dalam diri kita. Ketahuilah bahawa memakai hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah, bukannya cadangan Nabi Muhammad atau pandangan ulama� fiqh. Ia wajib dipakai bukan sahaja dalam bulan Ramadhan, malah sepanjang hidup hanya di depan lelaki ajnabi atau wanita kafir, sementara bersama suami, ayah, ayah mertua, adik-beradik lelaki atau mahram adalah tidak wajib.


Marilah kita memohon kepada Allah di dalam Ramadhan yang mulia ini, agar dicampakkan dalam hati rasa tanggungjawab untuk memakai hijab, rujuklah ayat 30-31 surah an-Nur (24) dan ayat 59 surah al-Ahzab (33) dan mentelaah kitab agama yang membicarakan persoalan hikmah Allah mewajibkan pemakaian hijab ke atas muslimah.


Mohonlah keampunan Allah terhadap kesalahan tidak memakai hijab sebelum Ramadhan pada tahun ini. Bulan Ramadhan memberi peluang seluas-luasnya untuk kembalikan hamba kepada Tuhan. Rasakanlah dalam diri tanggungan dosa-dosa besar kerana tidak berhijab yang merupakan kesalahan amat besar yang hanya boleh ditebus dengan taubat kepada Allah.


Akhir sekali, marilah kita perbetulkan niat untuk menjadi hamba Allah yang baik, kerana kita tidak tahu, apakah kita boleh bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Sehubungan itu baginda s.a.w. bersabda:

"Kalaulah hamba-hamba Allah tahu apa yang ada dalam bulan Ramadhan, mereka akan bercita-cita agar sepanjang tahun itu dijadikan Allah sebagai bulan Ramadhan."


Sama-samalah kita merenung kembali diri kita dan menjadikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik yang pernah kita lalui..


Wassalam..

Sunday, August 30, 2009

Bersegeralah Mengerjakan Amal Soleh!!

Rasulullah s.a.w. bersabda:


”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara,iaitu selagi engkau sihat sebelum datang masa sakitmu,selagi engkau kaya sebelum datang masa miskinmu, selagi engkau menganggur ( banyak waktu ) sebelum datang masa sibukmu, dan selagi engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu”.
( HR.BAIHAQI, IBNU ABIDUN-YA, IBNU MUBARAK )

Sabdanya lagi:

”Ada dua macam kenikmatan yang sebahagian banyak manusia tertutup dari padanya
( yakni tidak mengetahui dan kurang memperhatikannya ).Iaitu keadaan sihat dan waktu lapang”.
( HR. BUKHARI )


ya sahabat-sahabati...

Maksud dari hadis di atas ialah, bahawa antara kita ni yang tidak suka mempergunakan kenikmatan-kenikmata itu sebaiknya. Tetapi baru sedar bahawa besarnya nikmat kesihatan dan masa lapang apabila diserang penyakit atau dalam keadaan sibuk. Lihatlah! Betapa leka alpanya kita dengan nikmat Allah.

Dalam satu nasihatnya, Hasan berkata: ”Segeralah! Segeralah! Sebab segala sesuatu itu bergantung dari nafasmu sahaja dan jika ini telah dihentikan, maka terputuslah segala amalanmu. Jika demikian amalan mana lagi yang akan engkau pergunakan untuk bertaqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah `Azza Wa Jalla”.

”Semoga Allah Ta`ala merahmati kepada manusia yang suka melihat pada diri sendiri, memperhatikan keadaannya dan suka menangisi kerana banyaknya dosa yang telah dilakukannya”.

Seterusnya beliau melafazkan kalam Allah yang bermaksud:

”......Kam hanya menghitung datangnya ( hari siksaan ) untuk mereka dengan perhitungan yang teliti”.
( surah Maryam, ayat 84 )

Maksud yang dihitung di sini ialah pernafasan kita hari-hari.Sedangkan hitungan terakhir sekali ialah pada waktu kita menghembuskan nafas yang terakhir, atau pada waktu kita berpisah dengan keluarga tersayang selama-lamanya serta pada waktu kita dimasukkan ke dalam liang lahad.

Sekarang, marilah kita periksa dengan teliti sahabat-sahabat, apakah sebenarnya punca seseorang itu ( mungkin termasuk diri kita sendiri ) suka sekali menangguh-nangguhkan berbuat amal soleh yang hakikatnya menjadi bekalan untuk kita menuju akhirat?


Sebab utamanya ialah kerana seseorang itu gemar mengejar keduniaan, suka kepada kesyahwatan, sehingga menjadikannya lalai untuk melakukan amal soleh. Mereka tidak menerapkan dalam diri mereka sifat wasatiah yakni dengan mengimbangi antara tuntutan agama atau rohani dan jasmani. Maksud di sini ialah seseorang yang mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi. Mereka yang bersifat wasatiah ini juga lebih utamakan akhirat kerana mereka menyedari bahawa dunia ini penuh dengan penipuan dan kepura-puraan.Jadi, marilah kita muhasabah diri kita ini...wujudkah sifat wasatiah ini.


Oleh itu,sahabat-sahabat....


Marilah kita mengambil sedikit waktu untuk kita merenung kembali diri kita..apakah sudah banyak amal soleh yang telah kita lakukan?sudah cukupkah untuk membantu kita di akhirat kelak??Bersama-samalah kita memohon kepada Allah, supaya jangan ada satu pun penyesalan dalam kalbu kita setelah kita mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana` ini.Sesungguhnya Allah Maha Mengabulkan segala doa dan permohonan hamba-hambaNya..

Friday, August 28, 2009

الأدب والنصوص..

waa...pe benda agaknya tu ea??
buat yang sudah pernah mendengar..pasti mengetahuinya..
buat yang belum...
ha,inilah sebenarnya salah satu subjek dalam stpm dan juga stam..
pertama kali saya mempelajarinya..dubb!!
terasa berat pula untuk terus mempelajarinya..agk sukar..
tambahan pula diajar oleh seorang ustaz yg full timenya speaking arab..
tetapi..disebabkan susah itulah yang membuatkan saya semakin bersemangat utk meneroka maksud setiap satu patah perkataan...

تعجب!!  interesting!!  menarik!!

saya mempelajari syair dan sajak dalam bahasa arab!! waa...cam x cye je..
baru saya mengerti bahawa orang-orang Arab pada zaman dahulu suka bersyair dan bersajak..
contohnya apabila mereka dilamun cinta,mereka akan menulis syair dan melafazkannya yang mana di dalamnya terdapat luahan rindu dan puji-pujian terhadap insan yang mereka sayangi...

jiwang gak en..hee

setelah saya mempelajari beberapa bab,saya terfikir..
memang tidak rugi untuk saya terus mempelajarinya..
malah,terasa semakin bersemangat pula..huhu..
diakui, bahasa arab ni merupakan bahasa yang paling indah..
malahan,bahasa syurga lagi tu!!

jadi,memang untung belajar bahasa arab..
tidak sesukar mana...InsyaAllah..
di mana ada kemahuan,di situ pasti ada jalannya..

teruskan berjuang ye...

antara wasiat Rasulullah SAW..

 bismillahi walhamdulillah....

nasihat-menasihati..

Wahai umat Islam!Sesungguhnya Muslim dan Muslimah yang hakiki itu bukan sahaja bersih dari sifat-sifat mazmumah,tetapi dia juga selalu menghiasi dirinya dengan sifat-sifat mahmudah, iaitu selalu memberi nasihat kepada saudara saudari seIslam agar berpegang teguh kepada syariat Islam.Dia yakin bahawa inti agama itu adalah nasihat,sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

 Agama itu ialah nasihat, maka para sahabat bertanya; Bagi siapa?  Rasulullah menjawab;Bagi Allah,bagi kitab-Nya,bagi Rasul-nya,bagi pemerintah muslim,pemimpin muslim,ulama` Islam dan bagi orang sesama muslim..
                                                                 ( HR BUKHARI MUSLIM )

Aku telah berbai`ah dengan Rasulullah SAW untuk menegakkan solat,
mengeluarkan zakatdan memberi nasihat kepada tiap-tiap muslimin..
                                                       ( HR. MUTTAFAQ ALAIHI )

Dari bai`ah yang dilakukan oleh para sahabat dengan Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya nasihat itu dalam agama. Oleh sebab itu nasihat telah menjadi sifat sejati bagi seorang muslim dan muslimah yang hakiki, yang bertaqwa serta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang terpuji di akhirat kelak.

Jadi,kita sebagai umat nabi Muhammad hendaklah sentiasa nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan ingat-mengingati apabila terlupa.Sedarlah,sebenarnya untuk berbuat kebaikan itu suatu perkara yang mudah tetapi kita yang sering menjadikannya payah...

Renung-renungkan...dan selamat beramal!!=) 
            


Thursday, August 27, 2009

Ramadhan...hadirmu dirindui

Salam `Alaik..
ha...
kat cni nak kongsi ttg artikel yang saya dpt...

Doa Hari Pertama Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang melakukan ibadah malam. Dan jauhkan aku daripada tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku…Wahai Tuhan Sekelian Alam, dan ampunilah aku , Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua Ramadhan
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.

Doa Hari Ketiga Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan da jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan dengan kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan!

Doa Hari Keempat Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingati-Mu. Berilah aku kekuatan menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku antara auliya-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu wahai Zat Yang Maha Pengasih antara semua pengasih.

Doa Hari Keenam Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku daripada hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa Hari Ketujuh Ramadhan
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya dan ibadah malamnya(‘nya’ disini mengacu pada bulan Ramadhan). Jauhkanlah aku daripada kelalaian dan dosa-dosa , dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara terus menerus dengan taufik-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang sesat.

Doa Hari Kelapan Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki berupa lasih saying terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan , serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap.

Doa Hari Kesembilan Ramadhan
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian daripada Rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai Harapan orang-orang yang rindu.

Doa Hari KE-10 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang disisi-Mu dan jadikanlah aku antara orang-orang yang dekat kepada-Mu dan ihsan-Mu, wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa Hari Ke-11 Ramadhan
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik , tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa Hari Ke-12 Ramadhan
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sifat tulus. Amankanlah diriku dengan setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang-orang yang takut.

Doa Hari Ke-13 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku pada bulan inidaripada segala jenis kekotoran , jadikanlah aku pada bulan ini sabar menerima setiap ketentuan-Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku pada bulan ini untk meraih taqwa dan bersahabat dengan orang-orang bijak dengan pertolongan-Mu wahai Ketenteraman hati orang-orang miskin.

Doa Hari Ke-14 Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku kerana kekeliruan yang aku lakukan. Dan ampunilah aku daripada segala kesalahan –kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka. Dengan Kemuliaan-Mu wahai Kemuliaan muslimin.

Doa Hari Ke-15 Ramadhan
Ya Allah! Berilah kau rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal. Dengan keamanan-Mu, wahai Pemberi Keamanan bagi orang-orang yang takut.

Doa Hari Ke-16 Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku keampunan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai ke alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu wahai Tuhan Sekalian Alam.

Doa Hari Ke-17 Ramadhan
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan manusia tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam, sampaikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa Hari Ke-18 Ramadhan
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan barakah-barakah yang terdapat pada saat sahur bulan Ramadhan dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahaya-Mu Wahai Penerang Hati orang-orang yang arif.

Doa Hari Ke-19 Ramadhan
Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan barakah-barakah Ramadhan , mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Engkau jauhkan aku daripada keterkabulan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa Hari Ke-20 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan kepadaku untuk membaca Al-Quran, Wahai Pemberi Ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.

Doa Hari Ke-21 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan-Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan. Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.

Doa Hari Ke-22 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, turunkan untukku barakah-Mu. Berikanlah keampunan untukku meraih keredhaan-Muk, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa Hari ke-23 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku daripada segala aib. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa Hari Ke-24 Ramadhan
Ya Allah! Aku memohojn kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi para peminta.

Doa Hari Ke-25 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-orang yang mencintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah Nabi Terakhir-Mu, Wahai Penjaga Hati para Nabi .

Doa Hari Ke-26 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah usahaku pada dalam bulan Ramadhan sebagai usaha yang Engkau terima, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Para Pendengar daripada semua yang mendengar.

Doa Hari Ke-27 Ramadhan
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan LailatulQadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh.

Doa Hari Ke-28 Ramadhan
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku pada dalam bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah diriku kepada-Mu, Wahai yang Tidak Tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa Hari Ke-29 Ramadhan
Ya Allah! Liputilah aku pada bulan ini dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah, Wahai Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.

Doa Hari Ke-30 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dengan terkabul, sebagimana puasa yang direda oleh-Mu dan oleh Rasul-Mu, puasa yang kukuh dan kuat demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.Akhirnya, marilah kita memohon perkenan Allah SWT supaya mengurniakan taufik serta diberkati niat dan usaha yang mulia ini, mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hamba-nya .

Amin…

marilah kita bersama-sama mengamalkannya...
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa..

الحمد لله ...في النهاية!!

Bismillahi wa syukurillah...

hari : khamis
tarikh : 27.8.2009 bersamaan 6 ramadhan 1430 hijrah
masa : 9.50 a.m.

finally..terhasil gak blog hasil titik peluh..fuh
agk mencabar utk meng'create'nye..maklumlah...bute teknologi sket..
hehe...

waa..cam x cye je..
tp jdi gak akhirnye....
hsil inspirasi kwn2....
syukran ye sahabat2 yg byk memberi galakan...


dgn adanye blog ni...bolehla kte berdakwah en..
bley berceloteh..bley kongsi idea.ilmu,pendapat..
insyaAllah...
mdah2an diberi kesempatan itu..

wassalam..