Saturday, October 31, 2009

cinta sejati??

Bismilahirahmanirahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang..
Salam Sayang buat Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W.

ha,,
post kali ini saya nak berkongsi sebuah cerita yang berlaku di zaman Rasulullah..
ceritanya bermula...

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula..

dapat kita simpulkan di sini...

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang

    berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia

 sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
 merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
 mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
 oleh sebab itu kita kena sentiasa berselawat..bukti cintakita kepada nabi..

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
  umatnya yang mengasihi baginda

dan....
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

jadi,apa yang kita tunggu lagi??
marilah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad..
berselawat byk2...
**untukmu teman**

di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria...


kini dengarkanlah
 dendangan lagu
tanda ingatanku kepada mu teman
agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu..
kenangan bersamamu..
takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa..


mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kira dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan...


mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
bertemu berpisah kita
ada rahmat dan kasih-Nya
andai ini ujian
terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya...


kini dengarkanlah


dendangan lagu
tanda ingatanku kepada mu teman
agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu..
kenangan bersamamu..
takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa..


di selamanya....



rindu sangat!!


kenangan...



sjuk...


kwn baru


jaa`


my lovely fren..
anati..
luv you!

tak jemu rsenya..
walaupun nasyid ini berulang kali dimainkan..
saat ini aku terlalu rindukan kalian semua..
sungguh...
aku x layak berdampingan dengan kalian semua..
syukran,terima kasih,thank you,arigato
kerana sudi mengenali dan bersahabat denganku..

sesungguhnya teman..
banyak kenangan yang telah terlakar antara kita..
mudah-mudahan ia mampu menjadi kekuatan kita
dikala kita hampir putus semangat..
harapanku..
moga ia berkekalan..

ku harap jua..
kepada sahabat2 yang baru mengenaliku...
smoga ukhwah ini berkekalan..

semoga ukhwah yang terbina dapat memberi syafaat di akhirat kelak..
insyaAllah...

uhibbukum lillah!!








Alhamdulillah...

assalamu`alaikum...
tamat sudah final exam...
lega rsenya..
ha..
rse nak tdo puas2!!
nak ganti blek tdur2 yang x cukup dan lena spanjang exam..
hehe..tpi cam x elok lak..

hm..
pasni tnggu result lak..
cuak dey..
mampukah aku mencapai 3.00 ke atas..
tawwakal...
mudah-mudahan ia menjadi milikku..

ha..
tok sahabat2 yang dah abis exam..
tahniah!!
smoge kejayaan menjadi milik kalian..
yang blom..
usaha3x..
hehe...

Sunday, October 11, 2009

termenung sejenak...

salam...

buat sahabat-sahabatku...
cuba hayati sejenak lirik lagu ni..

**RINTIHANKU**

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti


Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan


Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa


Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yang Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu


Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi


Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


pertama kali dengar nasyid ni...
betul2 menyentuh perasaan..
tanpa disedari ada air mata yang mengalir..
Ya Allah...
tetapkanlah iman ku dan sahabat2 ku dalam menghadapi cabaran dan dugaan..
tsabatkanlah kami dalam perjuangan..



pengubat hati

PENAWAR HATI..
TAKUTKAN ALLAH..
BACALAH AL-QURAN..
INGATKAN MATI..

Friday, October 9, 2009

imtihan!!

salam ukhwah...

huu..
final exam dkat dah..
cuak2...
fiqh,usul fiqh,mantik,akidah,ulum al-quran&hadith...
mikroekonomi,makroekonomi,adab nusus,balaghah wa qawaid...
waa....
agk byk x hafal ag ni...
xpe2...
usaha2...
doakan saya eh
sahabat2....
smoge kjayaan mnjadi milik kte bersama..
bittaufiq wannajah ya zamili..