Monday, August 30, 2010

hening pagi hari

sunyinye pagi ni..
nyaman..tenang..sejuk..
ramai yang balik..
gara-gara cuti kebangsaan ni..
tinggal beberapa orang je kat asrama ni..hm..
teman2 sekeliling sedang dihambat mimpi indah..
tinggal saya keseorangan..
sorang2 ni tiba2 datang kenangan lalu menyapa..
saya dengan senang hati melayan " kenangan itu "
tapi..
" kenangan " ini akhirnya buat air mata mengalir tanpa segan
yang asalnya tersenyum manis..
"kenangan " ini tidak mungkin berulang..
dah banyak berubah..
seperti seakan-akan tidak mahu menyapaku lagi..
tenanglah...
segalanya berubah angkara masa..
tidak perlu toleh ke belakang lagi..
saya keluar dari bilik..
nak cari ketenangan..
tak sia-sia..
ciptaan Allah sungguh mendamaikan aku,,
biru,jingga,hijau..cantik!!
burung2..
saya perhatikan dalam2..
tersenyum sendiri..
balik dorm tersenyum..
Alhamdulillah..


siap2,kemas diri..
kerja bahasa arab menantimu!

8.00 a.m..
ostel smka simpang lima..

Saturday, August 28, 2010

KUATKAN RABITAH HATI KAMI,,

mak,abah,wak li dan ademah~kalumpang
sempat lagi kami bergambar sblum sarapan   


raya tahun lepas,,tema hijau ( abg hafiez,alif dan abah )


tiga muslimah,,kak wardah, dan yg hijau kak zati.. 
keluarga besar saya,,,moga sentiasa bahagia..hah,tahun  ni tambah seorang lagi anak buah!
anak sedara saya yang pertama,,muizuddin
SAHABAT2....
keluarga kami..
serba kuning..5 ehsan 2008 dlm kenangan..
rakan pengawas,,thanks!
camp f6,,
selepas parlimen..ad gaya?hah
never forget,,my lovely frenz ANATI (spec )

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi ( perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu,hati2 ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan mendokong syariat-Mu..

Maka eratkanlah Ya Allah,,akan ikatannya..

kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya ( yang sebenar ). Penuhkan hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.Lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu...

Hidup suburkan hati2 ini dengan makrifat-Mu ( pengetahuan yang sebenar ) tentang-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para pejuang dalam perjuangan agama-Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah,,perkenankanlah permintaan ini.

Friday, August 27, 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar,,

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan-Mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:



1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.  

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. 

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Ibrahnya di sini :    

Marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).











hasil bacaan saya dan tazkirah2



Thursday, August 26, 2010

pagi yang hening..

Ya Allah,,Ya Tuhanku..

bantulah aku untuk mengingati-Mu...

bantulah aku untuk aku beribadat kepada-Mu..

bantulah aku untuk mentaati-Mu..

berikan ketenangan dalam hatiku..



6.45 pagi
selepas subuh,,
termenung di depan rumah..
menghayati ciptaan-Mu..

Surat Al Rahman - By Said Al Ghamdi




















maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan??


" orang yang tidak pernah dibakar mentari,,
mustahil menghargai rimbun berteduh.."

Gunete yanmayan golgenin kiymetini bilmez


petikan dari buku travelog tarbiah
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
ustaz Hasrizal

sungguh mendalam!



memoir,,sk batu 9,,sra seri desa,,


Dua sekolah ini..yang terlalu saya sayang..even hanya 2 tahun,,dari sini saya belajar segalanya..yang baik,,yang buruk,,hehe,,mula2 menjejakkan kaki tyme darjah 5,,time tu rse cam alien je..hehe,,semua masih x kenal,,dan masih malu2..Cikgu Norseha..banyak mengajar dan mendidik tyme tu..terlalu baik..dulu saya lah yg paling awal dtg sekolah,,sama juga dgn cikgu,,then cikgu ckp “ mumtaz,,tolong sapu kelas ye.. “ saya pun buat..hehe..sambil diiringi dengan bacaan Yasin yang dialunkan oleh cikgu..kenangan2..sekolah agama pulak,,saya memang diam je..truly,,mmg seorang pendiam,,ANATI tau itu..hehe,,sekolah agama ni agak ` pandai ` sikit,,saya suka bersaing dgn 3 org kwn ni,,anis syuhada,anis farhanaz n haniff..dorang ni..berotak geliga!!sukar utk dikalahkan..hmm..teringat Ustazah Aminah..kecil dan cantik,,banyak membantu saya,,syukran ya ustazah..

Masuk darjah enam..x sangka duduk dalam kelas pelajar bijak..time tu memang rasa rendah diri sgt2.,.sebab saya tahu tahap kemampuan saya..tyme ni juga saya kenal dgn Anati..byk tolong,teman suka duka,,even saya ni senyap..berbeza sgt dgn dia yang peramah..tapi dia ttp bersama saya,,ANATI TERBAIK!! Syukran ya sahabat..byk benda kita dah kongsi sama2..cikgu Nizamuddin yang hensem..kwn2 yg bijak..terima kasih ye..sentiasa tolong saya..darjah 6 ni jgk dah kena gossip dgn budak 6 rajin..mmg x gemar!!pandangan menakutkan..hah..gosip budak2 en..hehe..kakak pun kena gossip..haha,,kesian..tpi,,bila engat balik,,bselah,,,permainan budak2..syukran kathir kpd seorang lagi sahabat baik saya  ni..byk tolong dlm diam,,terlalu baik,,dan sekarang,,dah jadi orang hebat,,bakal doc! Untung n bangga dpt sahabat sperti dia..baik2 saja ye..

Terfikir nak buat reunion,,mungkin 6 tahun akan dtg…tapi x  pasti,,ada cadangan lain?nak sangat jumpa kalian..di sekolah,,tempat pertama kita berkenalan.Sungguh,,sangat rindu waktu itu!!

Uhibbukum fillah,,moga kita saling bersahabat kerana Allah..agar rabitah hati antara kita kekal erat..ukhwah fillah Abadan abada..

p/s : kahwin jemput oke! =)

Sunday, August 22, 2010

terbanglah..

" Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran bagi orang yang beriman " ( Surah al-Nahl : 79 )

haa...burung adlh slh satu ciptaan Allah yang gemar saya lihat..tika rasa down,,tgk burung beterbangan,,then hati sedikit2 jadi tenang..seolah-olah masalah itu terbang bersama burung-burung tersebut..hehe


saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang keunikan burung yang mungkin kita tidak tahu..

  • tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong..hebat bukan,,ringan tapi kukuh..

  • sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik..dari sinilah pakar2 sains mengkaji sayap burung untuk membuat sayap kapal terbang..

  • paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza..

  • burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya..ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.

  • semua burung yang terbang mempunyai tulang dada ( sternum ) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap..

Subhanallah....
hebat bukan Pencipta kita??
setiap ciptaan-Nya memiliki keistimewaan tersendiri..
bersyukurlah...Alhamdulillah..

hasil bacaan dari majalah SOLUSI..

Thursday, August 19, 2010

maaf sahabat..

sahabat...

sungguh,,uhibbuki lillah..

ana tegur sebab sayang..

ana x nak enti tanggung dosa sorang2..

tapi kita dapat pahala sama2..

mungkin ana tegur pada waktu yg x sesuai..

tp,,ana rasa itulah waktu yang terbaik..

ana resah,,ana takut..

jika ana x tegur..

ia akan dipersoalkan di Akhirat kelak,,

sahabat,,aasif..

moga kita kembali seperti dulu..



ana rindu nak rasa kehangatan itu tika kita berpelukan..
terasa ada ukhwah..
sahabat,,maaf..

senyum

lihat awan..

tersenyum sendiri..

hati berkata-kata..

hari itu bakal tiba..

menanti dengan harapan,,

sabar..

pasti ada hasilnya..

Wednesday, August 18, 2010

pintaku,,

hari ini dpt jadual trial STPM..

Allah..cuak sungguh hati ini..

beza betul tyme SPM dulu..

beginning 23.9.2010

until 13.10.2010..

beriku kejayaan,,Ya Allah..

ku ingin kotakan janjiku ini kpd insan2 yg tersayang..

UKM,,matlamatku..

Al-Bayt @ Yarmouk harapanku,,

kurniakan result yg MUMTAZ kpdku,,

Amin...

sahabat2...
ku mohon doa kalian ya!