Tuesday, October 5, 2010

JAUH


Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia
chorus
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta

Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera

Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

Monday, October 4, 2010

bittaufiq wannajah..=)

 hari ni PMR..
adik saya salah seorang calonnya..
pejam celik dah besar adik ni..
handsome..
haa..bukan senang akak puji..hehe

bittaufiq wannajah alep!
good luck..
moga berjaya..

akak taw alep bley..
trial pon lgi hebat dri akak..
so,do the best kae!

mak,abah,abang,kak ward,kak zu,akak,n adik sama2 doakan kejayaan mu dik!
9A..
cuba ya!
=)

Sunday, October 3, 2010

Ayat Khalikah...

Assalamualaikum......
Di sini saya mahu kongsikan sesuatu..
mari kita renungi sejenak dn penuhi bersama tuntutan Allah dalam surah al-Nahl ayat 10 hingga 17,
yang bermaksud : 

" Dialah yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya
( menyuburkan ) tumbuh-tumbuhan, yang pada ( tempat tumbuhnya ) kamu mengembala binatang ternakan. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman ; zaitun,kurma,anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah ) bagi kaum yang memikirkan."

"...dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan ( untukmu ) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda  
( kekuasaan Allah ) bagi kaum yang memahami-Nya..dan Dia menundukkan  pula apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan pelbagai macamnya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mengambil pengajaran. "

"...dan Dialah Allah yang menundukkan lautan untukmu, agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar ( ikan ), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari ( keuntungan ) daripada kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur."

"...dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, dan Dia menciptakan sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, dan Dia ciptakan tanda-tanda 
( penunjuk jalan ). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah Allah yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan apa-apa? Maka 
mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"

Banyak sebenarnya ayat-ayat Allah menceritakan kekuasaannya..cuma manusia kadang-kadang tidak sedar dan leka..sampaikan ada yang tidak mempercayai kewujudan ALLAH,,Nau`zubillah min zalik...
luangkanlah masa kita untuk mentadabbur ayat-ayat suci Allah kerana di situ akan kita temu pelbagai keajaiban,,keagungan,,dan ibrah...

pesan untuk diri juga..=)

hayati juga lirik lagu ini..

Indahnya Alam by Alarm Me

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...


Tuesday, September 28, 2010

Alhamdulillah.....

semalam..
27.9.2010..
selesai Imtihan Syafawi..
paper yang agak menggerunkan pada mulanya..
tetapi dirindui setelah selesai segalanya..
tidak sesukar mana..
mereka hanya mahu kita bercakap dalam bahasa Arab shj..
dapat pulak ustaz2 yang sporting habis..
membantu sedikit tika terkapai..
 saya dapat tajuk
" syura sabilu najah "
" mesyuarat jalan petunjuk "
Alhamdulillah...
senang..
cuma tak taulah point saya kena atau tidak..
asalkan kita jangan diam..

lega sedikit...

Friday, September 24, 2010

sudah berpunya??

Assalamualaikum…

Sedar atau tidak, bila umur meningkat dewasa..soalan ini sentiasa meniti di bibir2 insan sama ada dalam kalangan keluarga mahupun sahabat. Hakikatnya,saya juga tidak terlepas dari soalan ini..yelah,,umur dah 19 en..he..

Tyme cuti raya yang lalu..saya meluangkan masa berborak dengan kakak ipar saya..sekarang ni dah balik Sarawak..mula2 kami borak2 biasa..tentang keluarga,,belajar,,kerja..tiba2 keluar soalan cepumas dari mulutnya,, “ Bi ( nama panggilan ) dah ada ke?? Fahamlah saya soalan ini walaupun tergantung..saya yang pada mulanya agak terkejut hanya tersenyum manis sahaja..( sambil hati kecil bersuara,, “ aduh..mesti x lepas ni..). Kemudian kak ipar saya buat konklusi sendiri “ senyum2 tu,,dah adalah tu “ saya tersenyum lagi..” xdelah kak,,xpernah..tapi menunggu seseorang..ada jodoh..adalah..hehe..Bi mengaku ada ramai kawan dan ada yang pernah hulur kasih ( ayat,,,fuh!) tapi Bi x pernah terima..entahlah kak..takut menyelubungi diri. Kaki par saya hanya mengangguk. Saya teruskan lagi omongan..” Bi terfikir,,kalau kita dah couple..macam2 masalah akan timbul..yela,,mula2 memang rasa seronok..tapi dalam seronok tu,,banyak dosa yang trkumpul dalam x sedar..kalau dah couple,mesti msg2..lepas msg2.x seronok kalau x call,,then jumpa pulak..nak lepas rindu..pegang2,caring katanya…tidak ke berdosa?? Itulah yang Bi takut..kita manusia biasa,,kadang2 nafsu menguasai diri..Na`uzubillah..

Kak ipar saya mengiakan…saya berbicara lagi “ tipulah,,kalau Bi x terasa nak couple2 ni..kadang2 jeles tgk kwn2..bahagia sungguh! Tapi cepat2 sedar..semua ni hasutan syaitan..Alhamdulillah..Allah masih nak jaga..tunggu jelah suatu hari nanti..he”

Kemudian,kaki par saya pula berbicara..” betul tu,,sebab tu sebenarnya dalam Islam xde istilah couple2 ni..Allah Maha Mengetahui..hamba-Nya manusia biasa..iman x semantap mana..bila2 je mudah termakan hasutan syaitan..”. Lepars tu,,kakak ipar saya bercerita pula tentang Baitul Muslim.Cara yang bagus sebenarnya yang dianjurkan Islam. Memang best dengar cerita2 ni..hehe..Mari saya kongsikan sedikit..

Bermula apabila seorang lelaki atau perempuan yang merasakan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin, pergi bertemu dengan organisasi Baitul Muslim. Kemudian,mereka akan mencarikan pasangan untuk si lelaki atau wanita tesebut..Apabila telah jumpa,dan masing2 setuju..pertemuan antara 2 pihak akan diadakan dan bermulalah sesi ta`aruf..semua ni ada batasnya..Apabila selesai sesi ta`aruf,pasangan ini diberi tempoh masa selama 2 minggu untuk membuat istikharah. Genap 2 minggu pasangan ini akan ditemukan kembali..sekiranya kedua-duanya setuju,maka terus kepada khatibah dan nikah..Bagunya Baitul Muslim ini,,adab akan sentiasa terjaga..sepanjang tempoh persediaan perkahwinan,,pasangan itu dihubungkan melalui orang tengah mereka demi menjaga ikhtilat..cukup di sini..he

Pertama kali saya dengar  secara detail,,memang terpegun..betapa indahnya Islam..Subhanallah!!! akan tetapi,,tidak ramai yang ikut cara sebegini..tidak mengapa,,mungkin mereka ada cara tersendiri..pernah saya terfikir utk ikut cara ini..hehe..lama lagi..

rumusnya..

Tidak kisah sebenarnya cara bagaimana sekalipun,,tetapi,,apa yang penting ialah batas perhubungan kita..terjagakah? Bagi yang terjaga,,terpelihara..Alhamdulillah..untuk yang tidak,,moga mereka akan sedar..semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah hakikatnya adalah untuk kemaslahatan hamba-Nya dan memang indah dan tenang kehidupan kita sekiranya kita ikut dan patuh..

Mari amalkan

SAMI`NA WA `ATO`NA…

SALAM MUJAHADAH..
BERJUANG MEMANG PERIT PADA MULANYA..TETAPI AKAN MANIS DI PENGAKHIRANNYA..

Friday, September 17, 2010

percubaan..mesti buat terbaik!!

assalamualaikum...

bermula 22.9.2010 until 12.12.2010..
trial stpm n spm will begin,,
cuak sungguh!!!
mintak2 mood raya tyme tu dah habis..finish..fullstop!
tyme tu struggle!!
exam da dekat,,so study hard ( pesan shbt,dlu2 )
saya mesti buat terbaik..
tak nak ulangi kesilapan lalu..

sebenarnya,,xdela teruk result spm..
dpt twrn uitm.,tp saya tolak..
then ble ambil stpm ni..
rse rendah diri mmg menebal!!
tp xpe..demi satu tekad..saya gagahi jua..
( fuh,,ayat...hehe)

ni la jadual trial saya..

22.9.2010 -  syariah 1
23.9.2010 -  imtihan syafawi
27.9.2010 -  bahasa Arab 1
1.10.2010 - usuluddin 1
4.10.2010 -  sejarah 1
5.10.2010 -  syariah 2
7.10.2010 -  bahasa Arab 2
8.10.2010 -  sejarah 2
11.10.2010 -  pengajian am 1
                       pengajian am 2
12.10.2010 -  usuluddin 2

subjek 5..
tp buku yg perlu dibaca adlh sebanyak 18..
huhu..
insyaAllah,,yakin pada Allah..
put our trust in Him..
raisa hands and prays..

sahabat2..
doakan saya ea..
doa2 kalian semangat bagi saya..
kita berjaya sama2..
bangunkan Islam kembali!

BITTAUFIQ WANNAJAH!

Thursday, September 16, 2010

- AINUL MARDHIAH -

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah

Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

AINUL MARDHIAH..
bidadari tercantik khas buat para syuhada`
sungguh..mengaguminya..