Saturday, July 31, 2010

Pahala di bulan Syaaban



Syaaban:
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -
sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta
satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata
memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut
tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan
bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari
tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat
tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
malaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon
dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini
kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan
rahmat Allah SWT. 
 
Amin...

No comments: