Saturday, November 28, 2009

KURSUS KEPIMPINAN DI KEM LAMBAIANA, SUNGAI GABAI

قال الله تعالى :



ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجدلهم بالتي هي احسن ان
ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهتدين

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.


( Surah An-Nahl, ayat 125 )

Salam…

Aha..dah besar2 pun still pergi kursus kepimpinan..
Hehe..
Banyak ilmu yang diperolehi..
Kat sini saya nak kongsi sket ilmu yg saya peroleh..
Buat sahabat2 yang digelar pemimpin..
Pemimpin kepada diri…
Pemimpin kepada umat dan agama Islam..


Ciri2 pemimpin..

• Ikhlas
• Mempunyai kekuatan fizikal dan mental
• Amanah
• Berpengalaman luas
• Berpandangan ke hadapan
• Yakin
• Berani
• Sanggup menerima kritikan…

Ciri2 kepimpinan yang berkesan..

• Mengawal
• Mengurus
• Mentadbir
• Merancang
• Membuat keputusan
• Menjadi contoh kepada anak buah

Kepimpinan Rasulullah S.A.W…

• Bertanggungjawab
• Jujur dan bijaksana
• Bekerja secara jemaah
• Berkorban
• Tegas
• Berpandangan jauh
• Adil

Kepimpinan Umar Abdul Aziz ( merupakan cucu kepada Saidina Umar Al-Khattab )

• Zuhud dan sangat berhati-hati
• Tidak mengumpul kekayaan
• Mengutamakan kebajikan rakyat
• Mengubah sikap rakyat dari membicarakan kekayaan kepada membicarakan ketuhanan dan kehidupan akhirat.


Kesimpulannya di sini,,


Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada tanggungjawab samada yang berkaitan hal keagamaan dan keduniaan. Kadang kala tanggungjawab yang dibebani oleh seseorang sama keadaannya dan kadang kala tidak sama dengan orang lain. Kadang kala juga tanggungjawab itu dapat dibantu dan kadang kala seseorang itu melaksanakan secara sendirian. Secara lebih khususnya, tanggungjawab seseorang tidak sama dari sudut persoalan dan bebanannya walaupun sama dari sudut pangkat. Hal itu kerana keadaan manusia itu tidak sama kemampuan seperti ilmunya,fizikal,keimanan dan kemampuan berfikir.

Selaras dengan firman Allah :



لا نكلف نفسا الا وسعها


Maksudnya : Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan
melainkan sekadar kesanggupannya.





Sebagai seorang pemimpin, kita handaklah berpegang teguh kepada 2 perkara..iaitu kitab Allah iaitu Al-quran dan Sunnah Rasul iaitu Hadis..

Rasulullah pernah bersabda supaya umatnya berpegang dengan Al-Sunnah di samping Al-Quran agar tidak sesat selama-lamanya. Sabda Baginda S.A.W :


تركت فيكم امرين لن تضلوا ابدا ما ان تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسول


Maksudnya : ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu semua berpegang
dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu
kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya`.



Kita juga disarankan mencontohi cara kepimpinan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat.
Kepimpinan melalui teladan bukan melalui nafsu semata-mata..



Halwa pemimpin…


Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
Terpedayalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam,
Celakalah orang yang hari ini lemah dari semalam..




Try to make perfect yeah!! =)

Thursday, November 26, 2009



saat berderai jatuh titisan
airmata Ibrahim melihatkan
keteguhan iman anaknya Ismail
di kala itulah bermulanya
sejarah agung erti sebuah pengorbanan....




SALAM AIDILADHA....



Monday, November 23, 2009

AGAMA TULEN....OR TEKNOLOGI MAKANAN???

assalamualaikum.....

hm...
agk lme x mnulis..ayat pun mgkin cam plek sket..
hehe..

ha..pagi smlm seorang sahabat baik saya, Anati Lokman telah menghantar sms...

"Mum, ko dpt cours teknologi makanan,kat uitm beting ngeri smbilan"

lbey kurang cmtu la ayt dye..
wah..ttibe trase teruja lak..x disangka borang permohonan yang diisi main2 telah diterima..
Alhamdulillah....
tp saya ckp kat dia yang saya tidak akan pergi...
saya nak stay amek AGAMA TULEN..
dan dia balas..

"Aku rasa better gak ko teruskan..mne taw ada rezeki dpt gi Mesir...
Amiin...."
Amiin...mudah2an..

hm...
knape eh saya pilih course ni??
aha..sbb minat..
dan nak jdi cgu..he
lagi pun tnggal setahun je lagi untuk saya teruskan tingkatan 6..
mak pun ckp,sekarang ni guru agama dah berkurang..
ramai pun dari Terengganu dan Kelantan..
hatiku bermonolog.."btul gak pe yang mak ckp.."

spe ag yang nak jadi pelapis ahli agama kalau bukan kita, anak muda sekarang ni en..

pendirian smakin teguh apabila seorang sahabat yang sedang mnuntut ilmu di Darul Quran menyokong saya..
saya ingat pesanan dia..

"Kalau itu bagi enti yang terbaik, ana sokong..
tapi lebih prefer pilih agama..sebab insyaAllah boleh buat kita
dekat dengan Allah..lagi satu, siapa yang kejar akhirat,dunia
akan ikut dia.."

itulah dia...saya akan ingat sentiasa..
syukran sahabat2 yang telah memberi sokongan..

hakikatnya di sini, tidak salah jika kita pilih course slain agama kerana ilmu Allah itu luas..
cuma niat kita mesti betul..
menuntut ilmu kerana Allah..
dan jangan pula sampai kita terleka..disebabkan ia merupakan course yg pling kita minat,,

marilah kita muhasabah sejenak..
perbetulkan kembali niat yang hampir tersasar..
nawaitu lillah..
InsyaAllah..kita pasti akan mendapat keredhaan dari-Nya..
Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Wallahu`alam