Saturday, November 28, 2009

KURSUS KEPIMPINAN DI KEM LAMBAIANA, SUNGAI GABAI

قال الله تعالى :



ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجدلهم بالتي هي احسن ان
ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهتدين

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.


( Surah An-Nahl, ayat 125 )

Salam…

Aha..dah besar2 pun still pergi kursus kepimpinan..
Hehe..
Banyak ilmu yang diperolehi..
Kat sini saya nak kongsi sket ilmu yg saya peroleh..
Buat sahabat2 yang digelar pemimpin..
Pemimpin kepada diri…
Pemimpin kepada umat dan agama Islam..


Ciri2 pemimpin..

• Ikhlas
• Mempunyai kekuatan fizikal dan mental
• Amanah
• Berpengalaman luas
• Berpandangan ke hadapan
• Yakin
• Berani
• Sanggup menerima kritikan…

Ciri2 kepimpinan yang berkesan..

• Mengawal
• Mengurus
• Mentadbir
• Merancang
• Membuat keputusan
• Menjadi contoh kepada anak buah

Kepimpinan Rasulullah S.A.W…

• Bertanggungjawab
• Jujur dan bijaksana
• Bekerja secara jemaah
• Berkorban
• Tegas
• Berpandangan jauh
• Adil

Kepimpinan Umar Abdul Aziz ( merupakan cucu kepada Saidina Umar Al-Khattab )

• Zuhud dan sangat berhati-hati
• Tidak mengumpul kekayaan
• Mengutamakan kebajikan rakyat
• Mengubah sikap rakyat dari membicarakan kekayaan kepada membicarakan ketuhanan dan kehidupan akhirat.


Kesimpulannya di sini,,


Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada tanggungjawab samada yang berkaitan hal keagamaan dan keduniaan. Kadang kala tanggungjawab yang dibebani oleh seseorang sama keadaannya dan kadang kala tidak sama dengan orang lain. Kadang kala juga tanggungjawab itu dapat dibantu dan kadang kala seseorang itu melaksanakan secara sendirian. Secara lebih khususnya, tanggungjawab seseorang tidak sama dari sudut persoalan dan bebanannya walaupun sama dari sudut pangkat. Hal itu kerana keadaan manusia itu tidak sama kemampuan seperti ilmunya,fizikal,keimanan dan kemampuan berfikir.

Selaras dengan firman Allah :



لا نكلف نفسا الا وسعها


Maksudnya : Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan
melainkan sekadar kesanggupannya.





Sebagai seorang pemimpin, kita handaklah berpegang teguh kepada 2 perkara..iaitu kitab Allah iaitu Al-quran dan Sunnah Rasul iaitu Hadis..

Rasulullah pernah bersabda supaya umatnya berpegang dengan Al-Sunnah di samping Al-Quran agar tidak sesat selama-lamanya. Sabda Baginda S.A.W :


تركت فيكم امرين لن تضلوا ابدا ما ان تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسول


Maksudnya : ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu semua berpegang
dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu
kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya`.



Kita juga disarankan mencontohi cara kepimpinan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat.
Kepimpinan melalui teladan bukan melalui nafsu semata-mata..



Halwa pemimpin…


Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
Terpedayalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam,
Celakalah orang yang hari ini lemah dari semalam..




Try to make perfect yeah!! =)

6 comments:

Anonymous said...

selamat menjadi pemimpin myfren..,moga 2011 dpt membuat perubahan menjadikan kami2 semua 'mujahidah sejati'..
doa bersama agar berjaya..,pakej diberi pembantu kami semua..
share2 jwapan yer.,blur r duk uma,hehe..
kambate..,chayok2..

mujahidah said...

sape lak anonymous ni...
amal eh??
syukran kathiran sahabatku..
doa bersama agr kte dpt sama2 ubah suasana skolah..
try utk wjudkan suasana bi`ah solehah,,amin,,insyaAllah..
jwpn??
he..
tnyelah...
lau ana bley jwb..ana jawab..
yeah..
chayok2!!=)

Syauqah Mujahidah said...

Salam dik..
Jemput ziarah blog baru akk ya..
www.mujahidahmukminah.blogspot.com..

Kat blog lama tu , akk dah kurg aktif sikit di situ..heheh

Syauqah Mujahidah said...

salam dik..
Jemput ziarah blog baru akk ya..
www.mujahidahmukminah.blogspot.com..

Blog yg lama tu , akk dah kurang aktif sikit di situ..heheh..

FiNi Pelangi said...

salam ya ukhti..
hm, rse'y akk da congrate an sal p'wati tu..
btw, thniah skali lg..
moga jd pmimpin y bkualiti,.d'hormati n d'segani..
sabar la ek ngan pragai bdk2 y plek2 tu,.
huhu, besa la,. baru nk ningkat dewasa an,.
k, thanks 4 everything,.
gudluck,. all da bez,.
salam ukhwah,.

mujahidah said...

wassalam ukhti hebibati..=)
hm...akak dah wish byk kli..
hehe..
syukran jddan kak..
doakn yg terbaik tok kte..
kte cuak!!
tp,insyaAllah...
kte try wat yg terbaek..
doakn kte jdi cm akak..
result gmpak!!hee...
Amin...
trimas tuk sglenye jge..
crite2...
u`r the best sister!