Friday, September 24, 2010

sudah berpunya??

Assalamualaikum…

Sedar atau tidak, bila umur meningkat dewasa..soalan ini sentiasa meniti di bibir2 insan sama ada dalam kalangan keluarga mahupun sahabat. Hakikatnya,saya juga tidak terlepas dari soalan ini..yelah,,umur dah 19 en..he..

Tyme cuti raya yang lalu..saya meluangkan masa berborak dengan kakak ipar saya..sekarang ni dah balik Sarawak..mula2 kami borak2 biasa..tentang keluarga,,belajar,,kerja..tiba2 keluar soalan cepumas dari mulutnya,, “ Bi ( nama panggilan ) dah ada ke?? Fahamlah saya soalan ini walaupun tergantung..saya yang pada mulanya agak terkejut hanya tersenyum manis sahaja..( sambil hati kecil bersuara,, “ aduh..mesti x lepas ni..). Kemudian kak ipar saya buat konklusi sendiri “ senyum2 tu,,dah adalah tu “ saya tersenyum lagi..” xdelah kak,,xpernah..tapi menunggu seseorang..ada jodoh..adalah..hehe..Bi mengaku ada ramai kawan dan ada yang pernah hulur kasih ( ayat,,,fuh!) tapi Bi x pernah terima..entahlah kak..takut menyelubungi diri. Kaki par saya hanya mengangguk. Saya teruskan lagi omongan..” Bi terfikir,,kalau kita dah couple..macam2 masalah akan timbul..yela,,mula2 memang rasa seronok..tapi dalam seronok tu,,banyak dosa yang trkumpul dalam x sedar..kalau dah couple,mesti msg2..lepas msg2.x seronok kalau x call,,then jumpa pulak..nak lepas rindu..pegang2,caring katanya…tidak ke berdosa?? Itulah yang Bi takut..kita manusia biasa,,kadang2 nafsu menguasai diri..Na`uzubillah..

Kak ipar saya mengiakan…saya berbicara lagi “ tipulah,,kalau Bi x terasa nak couple2 ni..kadang2 jeles tgk kwn2..bahagia sungguh! Tapi cepat2 sedar..semua ni hasutan syaitan..Alhamdulillah..Allah masih nak jaga..tunggu jelah suatu hari nanti..he”

Kemudian,kaki par saya pula berbicara..” betul tu,,sebab tu sebenarnya dalam Islam xde istilah couple2 ni..Allah Maha Mengetahui..hamba-Nya manusia biasa..iman x semantap mana..bila2 je mudah termakan hasutan syaitan..”. Lepars tu,,kakak ipar saya bercerita pula tentang Baitul Muslim.Cara yang bagus sebenarnya yang dianjurkan Islam. Memang best dengar cerita2 ni..hehe..Mari saya kongsikan sedikit..

Bermula apabila seorang lelaki atau perempuan yang merasakan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin, pergi bertemu dengan organisasi Baitul Muslim. Kemudian,mereka akan mencarikan pasangan untuk si lelaki atau wanita tesebut..Apabila telah jumpa,dan masing2 setuju..pertemuan antara 2 pihak akan diadakan dan bermulalah sesi ta`aruf..semua ni ada batasnya..Apabila selesai sesi ta`aruf,pasangan ini diberi tempoh masa selama 2 minggu untuk membuat istikharah. Genap 2 minggu pasangan ini akan ditemukan kembali..sekiranya kedua-duanya setuju,maka terus kepada khatibah dan nikah..Bagunya Baitul Muslim ini,,adab akan sentiasa terjaga..sepanjang tempoh persediaan perkahwinan,,pasangan itu dihubungkan melalui orang tengah mereka demi menjaga ikhtilat..cukup di sini..he

Pertama kali saya dengar  secara detail,,memang terpegun..betapa indahnya Islam..Subhanallah!!! akan tetapi,,tidak ramai yang ikut cara sebegini..tidak mengapa,,mungkin mereka ada cara tersendiri..pernah saya terfikir utk ikut cara ini..hehe..lama lagi..

rumusnya..

Tidak kisah sebenarnya cara bagaimana sekalipun,,tetapi,,apa yang penting ialah batas perhubungan kita..terjagakah? Bagi yang terjaga,,terpelihara..Alhamdulillah..untuk yang tidak,,moga mereka akan sedar..semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah hakikatnya adalah untuk kemaslahatan hamba-Nya dan memang indah dan tenang kehidupan kita sekiranya kita ikut dan patuh..

Mari amalkan

SAMI`NA WA `ATO`NA…

SALAM MUJAHADAH..
BERJUANG MEMANG PERIT PADA MULANYA..TETAPI AKAN MANIS DI PENGAKHIRANNYA..

2 comments:

Syauqah Mujahidah said...

owh..sedang dlm penantian rupanya..=)
Smga teguh dlm penantian ya dik..I'Allah dik,jika niatnya baik, Allah akan mudahkan.W/mcmmana pun tahan dulu ya. Allah akn bri yg halal jika kita menahan diri utk sesuatu yg haram.Akk doakan..

Psstt..> situasi kita agak sama..=)

mujahidah said...

moga2...
dikuatkan hati,,,dipelihara jiwa..
insyaAllah kak..
syukran ya..
Amin2..


wah,,sme rupanya!!hehe
doa utk akk jge,,=)