Friday, August 28, 2009

antara wasiat Rasulullah SAW..

 bismillahi walhamdulillah....

nasihat-menasihati..

Wahai umat Islam!Sesungguhnya Muslim dan Muslimah yang hakiki itu bukan sahaja bersih dari sifat-sifat mazmumah,tetapi dia juga selalu menghiasi dirinya dengan sifat-sifat mahmudah, iaitu selalu memberi nasihat kepada saudara saudari seIslam agar berpegang teguh kepada syariat Islam.Dia yakin bahawa inti agama itu adalah nasihat,sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

 Agama itu ialah nasihat, maka para sahabat bertanya; Bagi siapa?  Rasulullah menjawab;Bagi Allah,bagi kitab-Nya,bagi Rasul-nya,bagi pemerintah muslim,pemimpin muslim,ulama` Islam dan bagi orang sesama muslim..
                                                                 ( HR BUKHARI MUSLIM )

Aku telah berbai`ah dengan Rasulullah SAW untuk menegakkan solat,
mengeluarkan zakatdan memberi nasihat kepada tiap-tiap muslimin..
                                                       ( HR. MUTTAFAQ ALAIHI )

Dari bai`ah yang dilakukan oleh para sahabat dengan Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya nasihat itu dalam agama. Oleh sebab itu nasihat telah menjadi sifat sejati bagi seorang muslim dan muslimah yang hakiki, yang bertaqwa serta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang terpuji di akhirat kelak.

Jadi,kita sebagai umat nabi Muhammad hendaklah sentiasa nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan ingat-mengingati apabila terlupa.Sedarlah,sebenarnya untuk berbuat kebaikan itu suatu perkara yang mudah tetapi kita yang sering menjadikannya payah...

Renung-renungkan...dan selamat beramal!!=) 
            


No comments: