Sunday, August 30, 2009

Bersegeralah Mengerjakan Amal Soleh!!

Rasulullah s.a.w. bersabda:


”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara,iaitu selagi engkau sihat sebelum datang masa sakitmu,selagi engkau kaya sebelum datang masa miskinmu, selagi engkau menganggur ( banyak waktu ) sebelum datang masa sibukmu, dan selagi engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu”.
( HR.BAIHAQI, IBNU ABIDUN-YA, IBNU MUBARAK )

Sabdanya lagi:

”Ada dua macam kenikmatan yang sebahagian banyak manusia tertutup dari padanya
( yakni tidak mengetahui dan kurang memperhatikannya ).Iaitu keadaan sihat dan waktu lapang”.
( HR. BUKHARI )


ya sahabat-sahabati...

Maksud dari hadis di atas ialah, bahawa antara kita ni yang tidak suka mempergunakan kenikmatan-kenikmata itu sebaiknya. Tetapi baru sedar bahawa besarnya nikmat kesihatan dan masa lapang apabila diserang penyakit atau dalam keadaan sibuk. Lihatlah! Betapa leka alpanya kita dengan nikmat Allah.

Dalam satu nasihatnya, Hasan berkata: ”Segeralah! Segeralah! Sebab segala sesuatu itu bergantung dari nafasmu sahaja dan jika ini telah dihentikan, maka terputuslah segala amalanmu. Jika demikian amalan mana lagi yang akan engkau pergunakan untuk bertaqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah `Azza Wa Jalla”.

”Semoga Allah Ta`ala merahmati kepada manusia yang suka melihat pada diri sendiri, memperhatikan keadaannya dan suka menangisi kerana banyaknya dosa yang telah dilakukannya”.

Seterusnya beliau melafazkan kalam Allah yang bermaksud:

”......Kam hanya menghitung datangnya ( hari siksaan ) untuk mereka dengan perhitungan yang teliti”.
( surah Maryam, ayat 84 )

Maksud yang dihitung di sini ialah pernafasan kita hari-hari.Sedangkan hitungan terakhir sekali ialah pada waktu kita menghembuskan nafas yang terakhir, atau pada waktu kita berpisah dengan keluarga tersayang selama-lamanya serta pada waktu kita dimasukkan ke dalam liang lahad.

Sekarang, marilah kita periksa dengan teliti sahabat-sahabat, apakah sebenarnya punca seseorang itu ( mungkin termasuk diri kita sendiri ) suka sekali menangguh-nangguhkan berbuat amal soleh yang hakikatnya menjadi bekalan untuk kita menuju akhirat?


Sebab utamanya ialah kerana seseorang itu gemar mengejar keduniaan, suka kepada kesyahwatan, sehingga menjadikannya lalai untuk melakukan amal soleh. Mereka tidak menerapkan dalam diri mereka sifat wasatiah yakni dengan mengimbangi antara tuntutan agama atau rohani dan jasmani. Maksud di sini ialah seseorang yang mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi. Mereka yang bersifat wasatiah ini juga lebih utamakan akhirat kerana mereka menyedari bahawa dunia ini penuh dengan penipuan dan kepura-puraan.Jadi, marilah kita muhasabah diri kita ini...wujudkah sifat wasatiah ini.


Oleh itu,sahabat-sahabat....


Marilah kita mengambil sedikit waktu untuk kita merenung kembali diri kita..apakah sudah banyak amal soleh yang telah kita lakukan?sudah cukupkah untuk membantu kita di akhirat kelak??Bersama-samalah kita memohon kepada Allah, supaya jangan ada satu pun penyesalan dalam kalbu kita setelah kita mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana` ini.Sesungguhnya Allah Maha Mengabulkan segala doa dan permohonan hamba-hambaNya..

2 comments:

aeisyulillah said...

btol2..

ad kata2 hukamak tuh, masa muda yag tidak diisi tuh akan membawa kepada kecelakaan..

ye la, dalam keadaan syahwat yang bergelojak..
minda yang separa rasional..
mcm2 benda bley belaku..

cara terbek nak kawal, nabi da ajar da..
PUASA..

dan sibukkan diri dengan benda2 yg berfaedah..insyaAllah..

wallahua'lam

mujahidah said...

betul ape yang enta ckp...
cara terbaik adalah PUASA..
tp kenapa tyme bulan pose pon maksiat masih berleluasa?
geram btol rsenye..
ini semua gara2 puasa hanya untuk cukup syarat...
bukan datang dari niat yang ikhlas..
betol x??

انّما الأعمال بنية..