Saturday, October 31, 2009

cinta sejati??

Bismilahirahmanirahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang..
Salam Sayang buat Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W.

ha,,
post kali ini saya nak berkongsi sebuah cerita yang berlaku di zaman Rasulullah..
ceritanya bermula...

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula..

dapat kita simpulkan di sini...

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang

    berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia

 sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
 merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
 mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
 oleh sebab itu kita kena sentiasa berselawat..bukti cintakita kepada nabi..

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
  umatnya yang mengasihi baginda

dan....
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

jadi,apa yang kita tunggu lagi??
marilah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad..
berselawat byk2...

No comments: