Sunday, August 22, 2010

terbanglah..

" Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran bagi orang yang beriman " ( Surah al-Nahl : 79 )

haa...burung adlh slh satu ciptaan Allah yang gemar saya lihat..tika rasa down,,tgk burung beterbangan,,then hati sedikit2 jadi tenang..seolah-olah masalah itu terbang bersama burung-burung tersebut..hehe


saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang keunikan burung yang mungkin kita tidak tahu..

  • tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong..hebat bukan,,ringan tapi kukuh..

  • sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik..dari sinilah pakar2 sains mengkaji sayap burung untuk membuat sayap kapal terbang..

  • paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza..

  • burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya..ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.

  • semua burung yang terbang mempunyai tulang dada ( sternum ) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap..

Subhanallah....
hebat bukan Pencipta kita??
setiap ciptaan-Nya memiliki keistimewaan tersendiri..
bersyukurlah...Alhamdulillah..

hasil bacaan dari majalah SOLUSI..

No comments: